TARIKAN kelab-kelab malam di Hatyai menyebabkan ada pelancong Malaysia lupa diri sehingga ditahan kerana mengambil dadah di pusat-pusat hiburan. - Gambar hiasan
HATYAI - Seramai 251 rakyat Malaysia kini meringkuk dalam enam buah penjara di selatan Thailand gara-gara terlibat dalam penyalahgunaan dadah di kelab-kelab malam serta melanggar peraturan Imigresen ketika mengunjungi kota Hatyai, Songkhla.
Daripada jumlah itu, hanya empat orang telah dibebaskan sementara yang lain masih menunggu perbicaraan.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan berkata, jumlah tahanan itu adalah angka yang terkumpul sejak awal tahun lalu sehingga Februari lepas.
Katanya, kesemua tahanan itu dalam keadaan baik dengan pejabat konsul sentiasa memantau mereka selain memberi khidmat nasihat guaman dan pemeriksaan kesihatan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.