LONDON: Bintang pop, Lady Gaga, adalah artis paling berpengaruh di dunia, menurut keputusan tinjauan pendapat terbaru majalah hal ehwal antarabangsa Amerika Syarikat, Time.
Penyanyi berusia 24 tahun itu mendahului senarai 25 artis yang menjadi sebahagian daripada 100 kompilasi penerbitan 2010 majalah Time.
Pelawak televisyen, Conan O’Brien pula berada di tangga kedua dalam senarai itu diikut dengan pemenang Oscar filem The Hurt Locker iaitu pengarahnya, Kathryn Bigelow di tempat ketiga dan Oprah Winfrey di tangga keempat.
Aktor filem Twilight, Robert Pattinson berada di tempat keenam manakala penyanyi Taylor Swift di tempat ke sembilan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.