Jumaat, 21 Mei 2010

Manohara ubah keterampilan

JAKARTA: Model Manohara Odelia Pinot kini lebih kurus dan memiliki tugas baru, dilantik sebagai duta pelancongan Kendari di tenggara Sulawesi.
Manohara yang kini memiliki berat 55 kilogram berkata, beliau mengambil masa tiga bulan untuk menurunkan 10 kilogram.

Beliau juga ingin menguruskan lagi tubuhnya sebelum kembali ke dunia model.

“Saya gigih berusaha menurunkan berat badan saya. Saya sukakan keterampilan baru ini kerana saya kini kelihatan lebih cantik dan ia juga meningkatkan keyakinan saya,” katanya yang masih bersengketa dengan bekas suaminya, Tengku Fakhry.

Manohara turut berjenaka boleh menyimpan pakaian lamanya di muzium.

“Semuanya kini terlalu besar untuk saya.

Gabenor tenggara Sulawesi mempelawa Manohara untuk menjadi duta Kendari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.