Sabtu, 22 Mei 2010

Pasangan polis hadapi krisis rumah tangga gaduh di restoran .belasah isteri sarat

ALOR SETAR: Seorang anggota polis wanita yang sarat mengandung tujuh bulan cedera dibelasah suaminya yang juga seorang anggota polis dalam satu pergaduhan dipercayai bermotifkan cemburu di Simpang Empat, dekat sini, Isnin lalu.
Sumber berkata, pergaduhan itu berlaku apabila mangsa yang berusia lingkungan 20-an terserempak dengan suaminya yang juga anggota pasukan pancaragam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) bersama seorang wanita di sebuah kedai makan di pekan itu.
“Mangsa yang berang memarahi suaminya menyebabkan beliau memukulnya bertubi-tubi tanpa belas kasihan.

“Akibat kejadian itu mangsa cedera di beberapa bahagian badan, termasuk muka, tangan dan kaki. Seluar mangsa juga terkoyak di bahagian lutut dipercayai terjatuh ketika mereka bergaduh.

“Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), " katanya di sini, semalam.

Katanya, pasangan suami isteri itu dipercayai tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu berikutan mempunyai masalah rumah tangga dan sering bergaduh.
Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Abdul Ghaffar Rajab ketika dihubungi mengesahkan mangsa membuat laporan polis pada keesokannya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.