Seorang pengawal keselamatan didakwa mencabul seorang gadis yang dalam koma apabila tidur di sebelahnya di atas katil sebuah hospital.
Pendakwa raya menuduh pengawal berusia 34 tahun itu, warga Emiriah, yang dikenali sebagai MI, mencium dan memeluk gadis berkenaan, juga warga Emiriah ketika gadis itu tidak sedarkan diri.
Seorang jururawat rakyat Filipina memberitahu mahkamah, suspek memasuki bilik gadis berkenaan dan mengarahkannya keluar.
“Dia kunci pintu itu dari dalam sebaik saya keluar. Saya tinjau dari tingkap kecil dan melihatnya mencium pesakit yang tidak sedarkan diri itu.
“Keesokannya, saya melihat dia tidur di sebelah gadis itu,” kata jururawat berkenaan.
Seorang pengawal keselamatan warga Mesir pula memberitahu mahkamah: “Saya diberitahu bahawa seorang lelaki Arab berada dalam bilik yang dikhaskan untuk wanita.
“Saya menuju ke bilik gadis berkenaan dan mendapati suspek berada di dalam. Saya terpaksa mengambil masa untuk membawanya keluar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.