Selasa, 18 Mei 2010

Pesawah berisiko alami pekak

SABAK BERNAM - Golongan pesawah di negara ini didapati kurang kesedaran mengenai risiko tinggi mengalami kehilangan pendengaran akibat terdedah kepada bunyi bising oleh penggunaan jentera pertanian padi.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mendapati tiada sebarang alat penutup telinga digunakan oleh kebanyakan petani padi semasa mengendalikan jentera pertanian.

Menurutnya, berdasarkan hasil kajian, jentera seperti traktor, kubota, mesin menuai dan mesin menebas jerami mengeluarkan bunyi bising yang tinggi dalam julat antara 83 desibel (dB) hingga 110 dB.

"Kebiasaannya, para petani menggunakan jentera ini secara berterusan dalam tempoh tiga bulan dan aktiviti ini boleh menyebabkan deria pendengaran mereka terjejas jika tiada sebarang alat perlindungan dipakai," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.