MUAR - Seorang vokalis sebuah kumpulan rock terkenal direman sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes memukul seorang anaknya yang berusia 16 tahun di rumah isteri penyanyi itu di Ledang dekat sini pada 10 Mei lalu.
Artis itu direman sehingga esok ekoran kejadian yang dipercayai timbul akibat perselisihan faham.
Difahamkan, anak penyanyi itu dipukul dengan tangan dan dihantar ke hospital untuk dirawat sebagai pesakit luar.
Isteri penyanyi itu membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut Isnin lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.