Jumaat, 21 Mei 2010

Suami isteri bunuh anak sebelum bunuh diri

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berumur dua tahun mati dipercayai diberi racun tikus, manakala kedua ibu bapanya ditemui mati selepas terjun dari tingkat 29 sebuah kondominium mewah di Brickfields awal hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mayat kanak-kanak terbabit ditemui mati di rumahnya di tingkat 13 kondominium itu selepas mayat kedua ibu-bapanya dijumpai di belakang kondominum itu.

Bapa kanak-kanak itu dipercayai seorang pegawai kewangan sebuah syarikat tempatan dan ibunya adalah seorang surirumah sepenuh masa.

Beliau berkata mayat pasangan itu ditemui pengawal keselamatan kondominium itu yang dikenali sebagai Mala, 30-an, ketika meronda pada 7.30 pagi dan memaklumkan kepada polis.

Mayat pasangan terbabit ditemui dengan kecederaan parah di kepala serta kesan kelar di tangan kirinya, sementara isterinya ditemui dalam keadaan mengiring berhampirannya.

Ku berkata apabila polis ke rumah pasangan terbabit di Tingkat 13, mereka menemui seorang kanak-kanak dalam keadaan terbaring dengan ditutupi kain putih, dan terdapat kapas di dalam hidungnya dalam sebuah bilik di rumah itu. - Bernama

1 ulasan:

  1. apelah nk jadi... bunuh anak...
    bunuh diri sendiri plak...

    BalasPadam

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.