Sabtu, 19 Jun 2010

200 pasangan ditahan kerana bercumbu secara terbuka

Polis menahan beratus-ratus anak muda kerana bercengkerama di tempat terbuka selepas orang awam mengadu ia memalukan mereka, kata pihak berkuasa, semalam.
Jurucakap polis berkata, hampir 200 pasangan ditahan di daerah Matara dan Kurunegala sejak dua minggu lalu.


“Polis menahan mereka kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam tetapi dibebaskan selepas ibu bapa mereka diberitahu,” katanya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.