Selasa, 29 Jun 2010

Ariel dapat ilham dipenjara cipta dua lagu baru dalam tahanan

JAKARTA: Terkurung selama seminggu dalam tahanan polis, vokalis Peterpan, Ariel (gambar), dilaporkan tidak membiarkan waktu itu berlalu dengan sia-sia apabila mencipta dua lagu baru.
Mengesahkan berita itu, peguam yang bertindak mewakili Ariel dan kekasihnya, Luna Maya, OC, Kaligis, berkata sebagai anak seni, sesuatu karya boleh dihasilkan di mana-mana saja.

“Ariel memohon supaya gitarnya dibenarkan dibawa masuk ke sel tahanan, tetapi setakat ini polis tidak mengizinkan,” katanya.

Menurut Kaligis, gitar itu perlu kepada Ariel kerana dia menjangka akan terus berkarya di balik palang besi.

Ariel, 28, ditahan sebagai suspek tunggal dalam kes penyebaran klip video lucah bersama Luna Maya dan Cut Tari. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.