Sabtu, 19 Jun 2010

Chua Jui Meng: Reformasi Diteruskan Tanpa Gelaran 'Datuk Seri'

Datuk Chua Jui Meng menyifatkan penarikan balik kurniaan pingat oleh Istana Johor sebagai pengorbanan kecil yang harus beliau lakukan.

Chua berkata dugaan yang dihadapinya ini adalah kecil berbanding pengorbanan pimpinan dan aktivis reformasi yang ditangkap, didera dan dimalukan oleh aparatus pemerintah.

Di satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat hari ini, Chua melahirkan rasa terharu diatas sokongan dan dorongan dari rakyat yang diterimanya sepanjang isu ini.

"Bagi saya, pengorbanan ketiga-tiga pingat itu amat kecil berbanding dengan apa yang dilalui oleh para reformis sebelum saya sampai hari ini. Seperti pepatah yang berbunyi "Tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang aku akan kembali"

Istana Johor telah membatalkan kurniaan Darjah Mahkota Johor Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Chua dalam satu surat pada 4 Jun 2010.

Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli juga dikatakan telah meminta Chua memulangkan Pingat Ibrahim Sultan Johor yang dikurniakan oleh Almarhum Sultan Iskandar al-Haj.

Datuk Rahim panggil saya 2 kali iaitu yang pertama kali 8 Jun, yang terakhir 10 Jun. Mengingatkan saya pulangkan 2 pingat itu iaitu DPMJ dan SPMJ. Walaupun tidak ada alasan sampai hari ini disampaikan pada saya, tapi saya dengan berlapang dada, saya akan menghantar balik 2 pingat itu pada Istana.

"Saya tanya Datuk Rahim, samada saya kena pulangkan pingat ke 3?, dia kata mau, mau pulang balik. Ok saya cakap saya akan pulang balik ketiga-tiga."


Bekas Menteri Kesihatan itu turut menyatakan sokongan yang diterima beliau amat hebat dan mendakwa Umno melakukan kesilapan jika menganggap hal ini akan melemahkan semangat perjuangan beliau dalam Pakatan Rakyat.

"Sokongan rakyat di luar jangkaan saya. Ia berlaku secara spontan. Saya percaya Umno mengesali perbuatan mereka. Mereka sangka saya akan takut, dan memperlahankan kempen saya. Sebaliknya saya semakin tekad, dengan sokongan rakyat terutamanya media alternatif,"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.