Rabu, 23 Jun 2010

Israel takut kepada wanita

BAITULMAQDIS - Kumpulan pejuang Lebanon, Hizbollah menegaskan, tindakan Israel mengancam untuk menyerang kapal Lebanon ke Gaza yang hanya disertai aktivis wanita menunjukkan ketakutan rejim itu.

Ketua Majlis Eksekutif Hizbollah, Hashem Safieddine berkata, ugutan Israel terhadap aktivis dan wartawan wanita yang menganjurkan konvoi terbaru itu membuktikan rejim Zionis hidup dalam ketakutan yang luar biasa.

“Mereka sentiasa hidup dalam ketakutan, dan keupayaaan ketenteraan rejim itu semakin merosot,” katanya.

Kenyataan Hizbollah itu dikeluarkan sehari selepas Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gabriela Shalev, mengutus surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban ki-Moon dan menggesanya supaya menghalang kapal Lebanon itu daripada menuju ke Gaza.

“Kami akan menghalang kapal itu menggunakan apa jua cara yang dirasakan perlu,” katanya dalam surat itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.