Apabila ditemui Jumaat lalu, ketika majlis doa selamat filem 'Nur Kasih', Tiz Zaqyah di depan para media, menegaskan yang dirinya "tak berapa kenal Jejai, malah nombor telefon pun" dia tiada.
Tambahnya, dia terkejut apabila dinamakan sebagai pelakon wanita yang cuba mengoda buah hati Fasha Sandha, sehingga menelefon bekas suami Nora Danish itu pada pukul 4 pagi, cuba mengajaknya keluar.
"Tiz tak buat apa-apa tapi tiba-tiba saja keluar cerita macam ini. Tiz terkejut bila nama Tiz dikaitkan, tapi Tiz tak ambil kisah," katanya mempertahankan diri.
Tetapi penafian Tiz ini mula menimbulkan keraguan apabila Jejai atau nama penuhnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, tampil di Harian Metro hari ini - 'Tiz ajak saya keluar' - untuk mendedahkan bahawa Tiz sememangnya ada menghubunginya pada jam 4 pagi, pada 19 Mac lalu sebanyak empat kali. Tujuannya untuk mengajaknya keluar.
Namun kongsi Jejai, undangan Tiz itu ditolak kerana "saya berpendapat tidak wajar selain menghormati perhubungan dengan Fasha". Tambahnya lagi, dia hanya mengenali Tiz sebagai rakan kerja Fasha malah Fasha-lah yang memperkenalkan mereka berdua. Atas sebab itu, dirasakannya "mustahil" untuk menerima jemputan Tiz, lebih-lebih lagi tanpa Fasha bersama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.