LONDON: Kereta termahal di dunia iaitu replika comel Bugatti Veyron yang diperbuat daripada emas 24 karat, platinum dan berlian ditaksirkan berharga 2 juta Pound Sterling (RM10 juta).
Harga hebat itu cukup untuk membeli dua kereta mewah selebriti terkenal umpamanya seperti Simon Cowell.
Tiga model replika comel itu hasil ciptaan pereka bentuk Liverpool Stuart Hughes dan pembuat kereta mewah Swiss, Robert Gulpen.
Kereta comel itu mempunyai pintu, but belakang dan stereng. Ia juga dibekalkan dengan enjin 16 silinder.
Model kereta comel itu lebih dikenali dengan nama Bugatti Veyron Berlian Edisi Terhad.
Nama itu diambil sempena mengabadikan nama pemandu Bugatti, Pierre Veyron yang memenangi perlawanan lumba kereta French Le Mans. - Agensi

santik,,,
BalasPadam