Home » » Sertai Parti Politik Hak Peribadi, Janggal Dr Asri Masuk Umno

Sertai Parti Politik Hak Peribadi, Janggal Dr Asri Masuk Umno

Written By canang on Selasa, 22 Jun 2010 | 6/22/2010 07:00:00 PG

SHAH ALAM 20 JUN: Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) Parti Keadilan Rakyat, Dr. Muhammad Nur Manuty beranggapan, adalah janggal untuk seseorang ilmuan Islam yang kerap memperkatakan isu keadilan, menyertai Umno.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata demikian mengenai dakwaan sebuah portal Umno yang menamakan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Mohd Zainal Abidin kononnya bakal menyertai Umno.

"Dia (Dr Asri) sendiri belum mengesahkan lagi laporan laman web Umno itu. Maka kita tunggu saja dulu. Benda ini belum tentu lbetul ke tak betul. Pandangan saya, ia hak peribadi pilihan masing-masing.

"Tapi, majoriti rakyat termasuk ilmuan muslim dan profesional yang berorentasikan Islam atau yang jelas memperkata soal keadilan lawan kezaliman mahupun sistem yang bobrok, adalah janggal untuk menyertai Umno," katanya.

Malah, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin sendiri hari ini menyangkal dakwaan sebuah portal berita Umno itu dan terpaksa memberi penjelasan melalui blognya sendiri.

Beliau belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik dan berharap semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak.

Dr Asri membuat penjelasan itu berikutan laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD

akan menyertai Umno Jumaat depan.

Laporan itu memetik Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusof yang menyatakan

Dr Asri dan ulama lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka,

Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Umno Online memetik Abdul Rauf ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda

UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat

terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," kata Dr Mohd Asri.

Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

La...mampuih p la dia nak masuk apa kejadah. Org banyak ilmu, mungkin kalau betoi, tentu ada hadis 'SOHEH' yg mewajibkan dia masuk mampuih ngan UmnGok tu. Apa yg dok kalut sangat. Ramai dah yg depa qasa otak depa first kelas, tp bila berdepan ngan 'ghanimah' UmnGok depa naik kelabu bijik mata.
Duit dan pangkat bib...sapa tak mau. Alasan nak berjuang Islam..piiirah, kelab penyokong PAS pun lebih paham daqi depa tu cuma HIDAYAH aje ALLAH Taala tak bagi lagi..p la mampuih 'tok syeh-toksyeh tu....

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger