Jumaat, 25 Jun 2010

Siap sedia untuk pilihan raya negeri - Taib

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata Barisan Nasional (BN) Sarawak sedang bersiap sedia bagi pilihan raya negeri yang mesti diadakan menjelang Julai tahun depan tetapi tidak membayangkan bila ia akan diadakan.

Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata para pemimpin empat parti komponen BN Sarawak telah diarahkan supaya mempersiapkan diri semasa permukiman tahunan BN negeri selama dua hari yang diadakan di Taman Negara Mulu di Miri, yang berakhir semalam.

"Ia (pilihan raya negeri) boleh diadakan tidak lama lagi atau kemudiannya, ia tidak penting sangat tapi kami sedang menyiapkan diri bagi menghadapinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Napolean Hill Convention 2010 di sini. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.