KAHERAH , Seorang petani di utara Mesir menyifatkan kelahiran seekor anak lembu peliharaannya yang mempunyai dua kepala sebagai suatu 'keajaiban'.
Sobhy El-Ganzoury semalam berkata, dia mengambil masa dua jam membantu lembu berkenaan melahirkan anaknya yang luar biasa itu.
Kesukaran ketika lahir menyebabkan kaki anak lembunya itu begitu lemah.
Menurutnya, doktor haiwan telah memaklumkan bahawa anak lembu itu yang lahir minggu ini berada dalam keadaan stabil dan dijangka mampu untuk terus hidup.
Sohby berkata, dia bercadang untuk memelihara anak lembu itu sebagai peringatan bahawa 'Tuhan berkuasa melalukan apa sahaja'.
Anak lembu berkenaan tidak mampu menampung berat dua kepalanya dalam keadaan kakinya yang lemah dan diberi susu ibunya melalui susu botol. - AP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.