MADRID 17 Julai - Barcelona bersetuju untuk membayar sebanyak 9.5 juta euro kepada Sevilla bagi mendapatkan pemain serba boleh Brazil, Adriano, kata kelab tersebut semalam.
Pemain berusia 25 tahun itu yang boleh bermain di bahagian pertahanan dan juga sebagai pemain tengah, ditawarkan sebanyak 9.5 juta euro dan tambahan empat juta lagi jika persembahannya memuaskan.
Perjanjian itu bagaimana pun bergantung kepada ujian perubatan yang akan dijalani oleh Adriano, hari ini di Stadium Camp Nou, milik kelab tersebut.
Adriano telah bermain bersama Sevilla sejak 2004 dan dua kali mencipta kejayaan dalam Piala Raja (2007, 2010) serta Piala UEFA (2006, 2007).
Barcelona juga hampir melengkapkan perjanjian untuk mendapatkan penyerang David Villa dari Valencia dengan bayaran 40 juta euro. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.