JAKARTA - Manohara Odelio Pinot (gambar) yang merupakan isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhamaad Fakhry enggan mencari penyebar gambar-gambar pornografinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Alasan yang dikemukakannya ialah gambar tersebut adalah palsu.
Manohara yang menjadi pelakon sinetron di Indonesia berkata, gambar itu merupakan sebahagian daripada video lucah yang didakwa memaparkan wanita miripnya di Internet setahun lalu.
Dia yang dilahirkan 28 Februari 1992 di sini menyatakan kesediaan untuk menunjukkan tubuhnya kepada polis bagi membuktikan foto itu adalah palsu.
Manohara menjadi terkenal kerana dakwaannya dia didera semasa menjadi isteri Tengku Muhammad Fakhry. - Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.