JAKARTA - Kes video lucah melibatkan selebriti Ariel, Luna Maya dan Cut Tari masih belum reda, namun kini timbul khabar angin pelakon sinetron, Velove Vexia (gambar) turut terlibat dalam salah satu daripada 32 aksi panas lakonan vokalis Peterpan itu.
Velove, bagaimanapun menepis spekulasi itu secara bersahaja dan menegaskan bahawa dia sendiri tahu itu adalah fitnah dan tidak pernah melakukan perkara sedemikian.
Velove yang sedang bercuti daripada pengajian di Amerika Syarikat, mengakui ada mendengar tentang desas-desus penglibatannya dalam skandal itu.
"Ada mendengarnya, tetapi saya tidak pernah melakukannya. Orangnya (Ariel) pun saya tidak kenal, malah tidak pernah bertemu dengannya. Tahu pun cuma melalui televisyen," kata Velove.
Tambahnya, sudah menjadi lumrah khabar angin dibesar-besarkan dan dia tidak perlu untuk mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya.
Velove pada masa yang sama turut menyuarakan rasa prihatin terhadap ketiga-tiga artis terlibat dan berharap masyarakat tidak memandang serong kepada golongan selebriti hanya kerana sebilangan daripada mereka melakukan kesalahan. - AGENS

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.