Selasa, 6 Julai 2010

PKR Desak PM Dedah Kontrak Baru Apco-Malaysia

Parti Keadilan Rakyat mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mendedahkan butiran kontrak antara Putrajaya dan firma perunding berkaitan Zionis APCO Worldwide.

Gesaan ini dibuat ekoran sumber The Malaysian Insider yang melaporkan kerjasama antara Umno dan firma berkaitan Zionis ini telah diperbaharui akhir bulan lalu.

PKR turut mendesak kerajaan Umno mendedahkan bayaran yang dibuat kepada firma itu.

“Keseluruhan isu APCO hanya didedahkan selepas ketua pembangkang kami memberikan bukti berdokumen bahawa kerajaan mengambil khidmat khidmat APCO,” kata Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution.

Ekoran pendedahan itu didapati kerajaan memeterai perjanjian bernilai RM76.8 juta untuk mendapatkan khidmat APCO.

“Kami ingin tahu kos kontrak yang diperbaharui ini dan apakah skop tugas dan tanggungjawab yang terlibat dalam kontrak kali ini?” kata beliau.

Saifuddin juga mendesak agar kerajaan menyediakan satu laporan komprehensif tentang prestasi dan pencapaian sejak khidmat APCO diambil tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.