XINJIANG: Tembikai susu yang disahkan paling manis di dunia dijual di satu upacara lelong dengan harga RM190,000, semalam.
Ahli perniagaan China, Yu Lin, 47, membeli buah berkenaan pada upacara itu yang diadakan sempena Festival Tembikai di Turpan, Xinjiang.
Buah itu sebelum ini disahkan oleh pakar sebagai yang termanis di dunia.
Tembikai susu seperti itu mempunyai kandungan gula sebanyak 20.2 gram bagi setiap 100 gram buah.
Selain kemanisannya, buah itu juga dipilih kerana warna dan bentuknya.
Penjualan buah berkenaan mendatangkan keuntungan besar kepada pemilik asalnya, Lu Tan, petani yang biasanya memperoleh pendapatan kira-kira RM1,500 sebulan. Katanya, dia akan membeli lebih banyak tanah dengan wang berkenaan. - Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.