Ahad, 22 Ogos 2010

Isu Guan Eng: Polis terima 3 laporan

KLUANG, 21 Ogos - Polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatan mengenai perkara itu sedang dijalankan.

"Ada pihak yang kata khutbah itu disalahertikan... disalah lapor. Jadi, kita hendak tahu fakta sebenar,” kata Hishammuddin, yang juga Anggota Parlimen Sembrong selepas majlis rahmat Ramadan dan berbuka puasa Parlimen Sembrong, di Felda Ulu Belitong di sini hari ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.