Sabtu, 21 Ogos 2010

Mukhriz Dakwa DAP Guna Doa Khutbah Tarik Undi Penganut Islam

20 Ogos - Umno terus memainkan isu bacaan doa khutbah kedua, yang menurut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, menggantikan Yang Dipertuan Agong dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Di Jerlun, Kedah, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata penukaran itu adalah cubaan untuk menarik seberapa banyak sokongan daripada masyarakat Islam.

Agensi berita Bernama melaporkan Mukhriz amat terkejut dengan berita itu.

Beliau berkata cara yang digunakan pihak pembangkang itu bukanlah cara terbaik untuk menarik sokongan masyarakat Islam untuk menyokong DAP.

"Saya sebenarnya tidak nampak bagaimana keadaan itu (doa khutbah) akan menarik lebih ramai sokongan masyarakat Islam kepada DAP. Lainlah kalau pemimpin sendiri yang mendoakan kesejahteraan rakyat tetapi sebaliknya pula berlaku," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.