CHERAS - Seorang warga Myanmar berusia lingkungan 20an meracau-racau apabila ditahan pihak berkuasa Imigresen kerana tiada permit perjalanan yang sah.
Pada awalnya lelaki berkenaan dalam keadaan baik, tetapi setelah dibawa masuk ke dalam lori dia berubah menjadi seperti tidak siuman sehingga menghentakkan kepalanya beberapa kali di pintu kenderaan.
Lelaki berkenaan antara 43 orang ditahan dalam satu operasi di Pangsapuri Mutiara di Balakong Jaya dalam usaha membanteras pendatang tanpa izin (Pati).
Penolong Pengarah Imigresen Selangor yang juga Ketua Bahagian Penguat kuasa Negeri Selangor, Tarmizi Talib Ali berkata, operasi dilakukan berdasarkan aduan orang ramai.
“Kami berjaya menahan 34 lelaki, lima perempuan dan empat kanak-kanak. Kebanyakan mereka dari Myanmar dan Indonesia.
“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh dan tidak mempunyai permit sah,” katanya kepada media selepas selesai operasi awal pagi semalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.