Rabu, 6 Oktober 2010

Kes liwat Ada Pelakon Baru Muncul: Bekas setiausaha sulit Anwar buat laporan polis

KLANG 6 Okt. – Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa dia dipaksa menandatangani dua surat akuan bersumpah pada tahun 2008 dengan tujuan mempertahankan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.

Pendedahan itu dibuat oleh Muhamad Rahimi Osman, 26, dalam satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang di sini dengan ditemani seorang peguam.

Beliau yang memakai baju lengan panjang putih, bertali leher merah dan berseluar panjang hitam tiba di IPD Klang menaiki sebuah kereta Proton Pesona berwarna kelabu kira-kira pukul 2.35 petang. – Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.