DAMANSARA 10 OKT: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Hussin Ali menganggap kesanggupan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akur kepada kemahuan Umno untuk mengetuai kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, sebagai ‘menggalas biawak hidup’.
"Ku Li setuju galas beban sebagai pengarah PRK (pilihan raya kecil) Galas untuk Umno. Tak ada pilihan lain? Harap dan doa Ku Li selamat dari menggalas biawak hidup," katanya dalam Twiter.
Semalam, Tengku Razaleigh pada siding media sebaik sahaja pulang dari luar negara, menyatakan kesetujuannya untuk menerima tawaran lantikan sebagai Pengarah Jentera Umno Bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas
Beliau juga akan memutuskan untuk menerima tawaran sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu apabila mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.