Ahad, 31 Oktober 2010

Petugas SPR Mengundi Di Galas

GUA MUSANG 31 OKT: Proses undian pos 50 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula tepat jam 10 pagi di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang menyaksikan petugas-petugas SPR mula membuang undi.

Seramai 50 petugas yang layak mengundi di Dun Galas memilih untuk membuang undi hari ini berikutan terpaksa bertugas pada 4 November nanti.

SPR memilih 323 orang wakil agensi kerajaan jajahan Gua Musang untuk bertugas sepanjang PRK di Galas.

Ini termasuk 127 orang anggota polis yang dijadualkan membuang undi pos di IPD Gua Musang hari ini.

Undi pos petugas SPR akan berlansung sehingga jam 5 petang hari ini.

Tinjauan wartawan TV Selangor pagi tadi dilokasi undi pos Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang kelihatan lengang berikutan pengisytiharan cuti peristiwa oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersempena kemenangan skuad bolasepak negeri itu semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.