GALAS 31 OKT : Pihak Polis telah menahan Teoh Lee Lan adik kepada mendiang Teoh Beng Hock atas dakwaan menjalankan kempen dengan mengedarkan risalah semasa pilihanraya kecil di Galas di sini.
Pihak polis juga menangkap tiga individu lain daripada 'Malaysians For Beng Hock' di Kampung Baru Gua Musang.
Kumpulan tersebut didakwa mengedarkan risalah di Galas untuk menuntut keadilan di atas kematian Teoh, 30, setiausaha politik, Ean Yong Hian Wah yang ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam.
Mengikut twitter Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching di http://www.facebook.com/nieching mereka telah ditahan oleh Supt Maszely.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.