Ahad, 31 Oktober 2010

Telefon boleh cam pengguna

MANCHESTER - Saintis di Universiti Manchester, Britain membangunkan perisian telefon bimbit yang mampu mengesan muka pengguna melalui kamera telefon itu.

Perisian itu juga bakal dikemaskinikan sehingga mampu menentukan identiti dan perasaan pengguna.

Kaedah terbaru itu dijangka menggantikan penggunaan kata laluan dan nombor PIN untuk memasuki akaun pengguna di laman sesawang melalui telefon bimbit.

"Telefon bimbit itu akan mengesan 22 ciri muka seperti mata, hidung dan mulut," menurut pasukan saintis itu.

Kaedah pengenalan muka telah digunakan dalam komputer bimbit dan permainan video tetapi ini adalah kali pertama teknologi ini diaplikasikan pada telefon bimbit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.