LIMBANG 22 NOV: DAP Limbang, Sarawak kecewa apabila pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) cawangan tersebut ditutup selepas projek penambahbaikan siap.
Menurut Pengerusinya, Leong Kwang Yew dalam satu kenyataan media pejabat itu ditutup hanya selepas lapan bulan beroperasi.
"Semua rakyat Limbang didesak supaya membuat aduan atau urusan dengan Cawangan Miri," katanya,
Dalam kenyataan itu beliau mengungkit beberapa persoalan antaranya, berapakah harga kosnya untuk projek penambahbaikan Pejabat SPRM Limbang?
Bukankah pejabat yang baru dinaiktarafkan terbiar begitu sahaja merupakan satu pembaziran duit rakyat?
Berikutan itu beliau menuntut SPRM haruslah memberi penjelasan mengenai penutupan cawangan SPRM Limbang. Adakah ini menunjukkan bahawa Daerah Limbang tiada kes rasuah dan penyelewengan, soalnya.
"Sebagai rakyat Limbang, kami juga ingin tahu semamsa pegawai-pegawai SPRM berkhidmat di Pejabat Limbang, berapakah aduan telah diterima? Antara aduan ini, berapakah kes telah diambil tindakan dan diselesaikan," katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.