Rabu, 29 Disember 2010

Gempar!!!! 50 ahli PKR sertai UMNO

BOTA - Seramai 50 ahli PKR Cabang Parit menyertai UMNO kerana telah muak dengan kepimpinan tertinggi parti itu kelmarin.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Faizal Effendi Hashim berkata, ahli akar umbi itu mengambil keputusan untuk keluar parti kerana tidak tahan dengan kepimpinan PKR yang semakin bercelaru.

Menurutnya, PKR dilihat sudah terumbang-ambing dan berada di ambang kehancuran serta tidak lagi mempunyai masa depan.

“Ahli akar umbi dilihat menolak perjuangan PKR dan ini dapat dilihat ketika pemilihan parti itu baru-baru ini apabila tidak sampai 10,000 orang memberikan komitmen sedangkan mereka mempunyai lebih 500,000 ahli,” katanya ketika ditemui semasa penyerahan borang keahlian UMNO kelmarin.

Faizal berkata, dengan kemasukan ahli itu dua ranting PKR iaitu Kampung Durian Kudung dan Selat Bota dibubarkan.

“Empat lagi ranting PKR iaitu Titi Gantong, Kampung Tua, Lambor Kanan dan Padang Changkat akan mengikut jejak langkah ini apabila lebih 150 lagi akan melakukan perkara yang sama.

“Kami sudah tidak tahan dengan tingkah laku serta tindakan pihak kepimpinan tertinggi yang hanya bertindak mengikut kepentingan peribadi dan bukan berasaskan kehendak asal parti.

“Bukan itu sahaja, mereka juga turut mendiamkan diri apabila sesuatu isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan negara dipersoalkan rakan pakatan,” katanya.

Katanya, penasihat parti itu juga disarankan agar membubarkan parti berkenaan sebagai langkah dalam usaha membendung masalah dalaman yang dihadapinya.

1 ulasan:

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.