Khamis, 2 Disember 2010

Juruteknik ugut bunuh, sebar gambar bogel kekasih

AMPANG: Tertekan selepas teman wanitanya mahu memutuskan hubungan cinta, seorang lelaki sanggup mengugut membunuh dan menyebarkan gambar separuh bogel mangsa.

Padahnya, lelaki berusia lingkungan 20-an dan bekerja sebagai juruteknik itu ditahan polis selepas teman wanitanya membuat laporan kerana tidak tahan diugut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar teman lelakinya, Isnin lalu.


Menurut sumber polis, mangsa yang berusia 20 tahun itu pada mulanya menyatakan hasrat mahu memutuskan hubungan dengan teman lelakinya itu kerana tidak tahan perangainya yang dikatakan suka mengongkong.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa itu dan dia kemudian menghantar SMS mahu membunuh teman wanitanya itu jika masih berdegil dan tetap mahu berpisah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.