TAMPIN: Kes hamil luar nikah di negeri ini semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan sejak tiga tahun lalu, bukan hanya membabitkan gadis bawah 16 tahun, tetapi juga golongan dewasa berusia lebih 40 tahun.
Sebanyak 672 kes hamil luar nikah dilaporkan sepanjang tahun lalu berbanding 514 kes pada 2008 dan 451 kes pada 2007, tetapi jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana semua kes terbabit hanya yang dilaporkan di hospital dan klinik kerajaan.
Penolong Ketua Pengarah Kesihatan Primer Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr
Suriati Abdul Aziz, berkata Seremban mencatatkan kes tertinggi, iaitu 183 pada 2007, 234 (2008) dan 390 (2009), diikuti Jempol sebanyak 67 kes pada 2007, 86 (2008) dan 77 (2009), Port Dickson sebanyak 70 kes (2007), 48 (2008) dan 74 (2009)
Kuala Pilah pula mencatatkan 59 kes (2007), 70 (2008) dan 65 (2009), Tampin 36 kes (2007), 54 (2008) dan 39 (2009), Rembau hanya 14 kes pada 2007, 11 (2008) dan 20 (2009), manakala Jelebu 22 kes pada 2007, 11 (2008) dan 7 (2009).
“Majoriti yang hamil luar nikah berumur antara 19 hingga 29 tahun, iaitu 265 kes pada 2007, 330 (2008) dan 458 (2009). Pembabitan remaja bawah 16 tahun juga membimbangkan, iaitu 57 kes pada 2007, 39 (2008) dan 37 (2009).
"Kategori umur lain adalah antara 17 dan 18 tahun sebanyak 88 kes pada 2007, 99 (2008) dan 81 (2009), manakala antara 30 hingga 39 tahun sebanyak 36 kes pada 2007, 44 (2008) dan 92 (2009). Golongan berusia lebih 40 tahun juga terbabit dengan lima kes pada 2007, 2 (2008) dan 6 (2009)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja `Kehamilan Luar Nikah’ pada Seminar Keluarga Bahagia peringkat daerah anjuran Pejabat Kesihatan Tampin di Balai Raya Felda Bukit Jalor, dekat sini semalam.
Dua kertas kerja lain, `Kesihatan Pria’ dibentangkan oleh Pakar Perunding Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Ayer Keroh, Melaka, Dr Suhaimi Mohd Isa serta `Wanita dan AIDS’ oleh Pakar Perunding Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tampin, Dr Norsiah Ali.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir pada ucapan penutupan seminar berkenaan, melahirkan rasa sedih dan kesal terhadap mereka yang terbabit dalam gejala berkenaan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas meminta ibu bapa memperkukuhkan institusi kekeluargaan dengan mengutamakan pendidikan agama dan mengawasi tingkah laku anak dengan tidak membiarkan mereka bergaul terlalu bebas.
"Semua pihak terutama pemimpin masyarakat perlu bekerjasama membendung gejala ini yang turut menyumbang kepada perbuatan membuang bayi. Mereka yang terlanjur wajar datang ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama ibu bapa supaya boleh dibantu, termasuk dari segi kaunseling dan dihantar ke rumah perlindungan,”
'....Hai Fatimah!. Selamatkanlah dirimu dari api neraka!. Karena saya tak dapat berbuat apa-apa di hadapan Allah kelak, cuma tuan-tuan itu memang famili, jadi saya hanya dapat berhubungan baik kepadamu selama di dunia ini saja' (HR. Muslim 128)
BalasPadam