Isnin, 3 Januari 2011

1,000 burung mati jatuh dari langit

BEEBE - Badan Suruhanjaya Hidupan Liar dan Taman Safari Arkansas melaporkan lebih 1,000 burung hitam mati jatuh dari langit di Beebe, kelmarin.

Pegawai hidupan liar untuk badan tersebut, Robby King berkata, sekitar 65 bangkai burung dikutip untuk dibawa ke makmal Pusat Kesihatan Hidupan Liar Kebangsaan di Madison, Winconsin untuk mencari punca kematiannya.

"Kematian haiwan tersebut menunjukkan trauma fizikal dan ia mungkin telah terkena panahan petir atau renjatan elektrik berkuasa tinggi," kata Karen Rowe, pegawai Suruhanjaya Ornitologi Arkansas.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan haiwan itu mati disebabkan tertekan dengan letupan bunga api yang dilancarkan sempena sambutan Tahun Baru, baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.