Isnin, 14 Mac 2011

RM146j untuk hiburan

Kehidupan mewah Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi didedahkan melalui siasatan berhubung majlis seks anjurannya.

Menurut dokumen mahkamah, Berlusconi membelanjakan lebih 30 juta pound (RM146 juta) menganjurkan majlis makan malam di kediamannya sepanjang tahun lalu.

Siasatan itu adalah berikutan dakwaan mengenai perbuatan Berlusconi mengadakan hubungan seksual dengan pelacur bawah umur, Karima El Mahroug dalam satu majlis di rumahnya

Berlusconi dilapor membelanjakan sejumlah 500,000 pound (RM2.4 juta) membeli barang kemas dan hadiah kepada wanita yang menghadiri majlis itu.

Selain itu, Berlusconi yang juga seorang hartawan menggunakan 115,000 pound (RM560,000) untuk membeli tali leher sepanjang tahun lalu.
Jawatan Kosong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.