Ahad, 20 November 2011

Hisham: Kritikan Dr M bukan unik pada Umno

Pelbagai masalah yang melanda Umno, seperti dikritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah unik pada parti itu semata-mata, kata naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, mengenali Dr Mahathir, perkara sebegitu sentiasa dilontar setiap kali menjelang perhimpunan agung Umno saban tahun untuk disahut anggota parti.

"Masalah ini bukan unik pada Umno sahaja. Saya tak nafi berlaku tetapi kita sentiasa melalui proses rombakan dan tranformasi," kata Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis tertutup amanat presiden bersama Pemuda dan Puteri, Hishammuddin berkata, majlis seperti hari ini menunjukkan bahawa kebimbangan itu akan dapat dihadapi.

Dr Mahathir dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia hari ini menggambarkan Umno lemah kerana tiada usaha giat menghadapi pilihan raya, tambahan lagi dengan keadaannya yang rosak selepas diterajui bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Mahathir, BN tidak boleh menang hanya dengan undi Cina sahaja.

“Ia hanya undi tambahan. Undi Melayu perlu diperoleh cukup banyak, jika tidak kita tidak boleh menang,” katanya kepada akhbar milik Umno itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.