Jumaat, 17 Februari 2012
MAHATHIR DAN UMNO MENIPU, LAPORAN KESATUAN EROPAH EU, MALAYSIA MERUPAKAN RAKAN DAGANG KE15 BAGI EKONOMI ISRAEL !
Dengan merujuk kepada Laporan Kesatuan Eropah EU... Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin... mengatakan Malaysia merupakan rakan dagang ke 15 yang membantu ekonomi Israel... berdasarkan rekod perdagangan dengan Israel telah wujud sejak 1967 lagi.
Malah, menurut nya, terdapat dokumen asal yang perolehi adalah dari pegawai kanan kerajaan sendiri yang bosan dengan sikap hipokrit kerajaan dalam isu Palestin ini dan di perpustakaan MiTi sendiri wujud bahan-bahan yang merujuk hubungan dagang Malaysia-Israel.
Mengulas kenyataan Tun Madey yang menyatakan terdapatnya dokumen yang mengesahkan Israel sengaja menimbulkan isu itu demi membantu politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), dan Israel dilihat cuba menyokong DSAI dengan membekalkan statistik bahawa Malaysia pernah mengadakan hubungan perniagaan dengan Israel.
Beliau berkata "Dokumen - dokumen dan data yang didedahkan tidak perlu diberikan oleh Israel cukup dengan sedikit tumpuan kerja maka data tersebut boleh dikumpulkan... pendedahan dokumen berkenaan bukanlah satu keperluan memandangkan negara Yahudi itu sudah selesa bekerjasama dengan Malaysia yang menjaga kepentingan mereka".
"Percayalah... Israel sudah tentu merasa selesa dengan pemerintah negara hari ini kerana penguasa hari ini jelas menjaga kepentingan mereka, apa gunanya menyokong perubahan kuasa jika yang menguasai regim kini sudah bersungguh-sungguh menjaga kepentingan dengan Israel dan sekutu besarnya Amerika".
Juga menurutnya "Tun Madey memang bijak bermain politik persepsi kerana beliau merupakan pemimpin yang licik... dan sebagai orang lama yang licik berpolitik... sudah tentu kenyataanya itu jelas bagi membantu Najib yang terkapai-kapai dengan pendedahan demi pendedahan bagaimana Malaysia sebenarnya hipokrit dengan sikapnya dalam isu Palestin-Israel".
Tun Madey oh Tun Madey.... kenapa la Hang ni tak sudah-sudah nak memuhong aje... Hang tak ingat kat kubor ka... dah la Hang jadi Perdana Menteri 22 tahun dengan empat Timbalan Perdana Menteri dan yang ke empat baru la rasa jadi Perdana Menteri... itu pun Hang kacau bagai nak rak sampai tertidur-tidur atas kerusi sebab malam tak boleh tidur kerana teringatkan Hang.... sekarang Hang cuba pulak nak jadikan Hang sebagai Perdana Menteri, kah kah kah !.
Nak kata dalam 22 tahun Hang memerintah hebat sangat dan melayu suka kat Hang pun tidak jugak... sebab apa aku kata gitu... sebab sepatut nya rakyat Hang lagi maju dan kaya dari rakyat Singapura... kerana Singapura nak minum pun beli dengan kita.... tapi tukaran mata wang depa sudah jauh meninggalkan kita... sedangkan sebelum Hang menjadi Perdana Menteri mata wang depa dengan kita Sama RM1=SD1... jadi kat mana yang Hang kata Hang hebat.
Dan kalau dari segi Pilihanraya pulak.. tempat yang mejoriti Melayu 90% dah tentu Parti Hang bungkus... dan Parti Hang hanya boleh menang ditempat yang Orang Melayu nya sikit dan tempat Jin Bertendang... kerana kat situ Hang masih boleh tipu kerana kebanyakan mereka sudah tua... atau pun tak tahu yang Hang nak tipu depa, kah kah kah !!!.
hemmmmm..... dasar ekonomi baru yang hang lancarkan untuk mencapai konon nya 30% ekuiti melayu dalam ekonomi... selepas 20 tahun masa berlalu dan rm 1.3 trilion (satu perpuluhan tiga trilion dan bukan nya billion) dibelanjakan... bayang 30% entah kat mana... yang nampak hanya wajah hang dan kroni hang... kah kah kah !!! umno perkasam jati betul-betul meloyakan heeee.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.