Rabu, 15 Februari 2012

Pekerja Maybank lancar piket di Bangsar

Hujan lebat petang tadi gagal melemahkan semangat kira-kira 200 pekerja Maybank dan ahli kesatuan sekerja yang berhimpun Dataran Maybank di Bangsar untuk menuntut pihak majikan membatalkan penubuhan kesatuan dalam. Dengan berpakaian serba merah, ahli-ahli kesatuan itu mula berarak dari pejabat Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) di Brickfields pada jam 3 petang tetapi tidak lama kemudian mendapati diri mereka basah kuyup akibat hujan lebat. Namun, cuaca gagal mematahkan semangat mereka dan pekerja itu terus berarak sejauh dua kilometer dan sampai ke Dataran Maybank di Bangsar kira-kira 30 minit kemudian. Pekerja-pekerja kemudiannya melaungkan kata-kata 'Maybank kejam', sambil membawa sepanduk dan kain rentang berbunyi: 'Henti jadikan ahli NUBE mangsa', 'Maybank rompak pekerja Malaysia' dan 'Kami diberi gaji kecil'.
Mogok tiga jam, anjuran NUBE itu adalah sebagai membantah keputusan Maybank untuk memecat dua pekerja yang kebetulan adalah pegawai kesatuan bank berkenaan. Maybank juga dilaporkan menggalakkan pembentukan sebuah kesatuan dalaman tahun lalu yang dianggap NUBE melanggar Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Sementara itu, Maybank dalam satu kenyataan petang tadi melahirkan rasa kecewa kerana piket berkenaan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar dan ketidak-selesaan kepada orang ramai. "Maybank ingin tegaskan bahawa kedua-dua pekerja yang dibuang kerja itu adalah kerana tindakan mereka yang mencemarkan imej dan reputasi Bank.
“Pemecatan itu tidak kena-mengena dengan kegiatan kesatuan, seperti yang didakwa oleh NUBE," kata Ketua Sumber Manusia Kumpulan Maybank Nora Abdul Manaf. Menurut beliau lagi, kedua-dua pekerja yang dipecat itu diberikan cuti berbayar bagi urusan kesatuan oleh Maybank untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva, Switzerland pada Jun lalu. Bagaimanapun pada persidangan itu, kedua-dua mereka membentangkan sepanduk “Maybank rompak pekerja Malaysia”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.