Isnin, 6 Februari 2012
Pelajar Ponteng Sekolah Diarah Baca Al-Quran
KOTA BHARU – Seramai 28 pelajar lelaki beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kota Bharu yang ditahan kerana ponteng sekolah hari ini diarah membaca al-Quran.
Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) negeri, Hussin Awang berkata, kesemua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus.
Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun ditahan antaranya di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.
“Ada kalangan pelajar yang ditahan itu sedang merokok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hussin berkata, pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut. – BERNAMA
Macam tu baru dikatakan mendidik.
BalasPadam