Ahad, 12 Februari 2012
Remaja Perempuan Berusia 16 Tahun Gemar Melakukan Hubungan Seks Ketika Datang Bulan.
KUALA LUMPUR: Ada pesakit ‘frontal lobes tumor’ yang boleh menyebabkan tindakan luar biasa atau pelik tidak tahan mahu melakukan hubungan seksual hingga menahan orang lalu-lalang supaya memuaskan nafsunya.
Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar Islam Kampung Baru, Dr Rosilawati Abdul Ghani berkata, dia pernah merawat kes seumpama itu yang mempunyai persamaan dengan masalah remaja perempuan berusia 16 tahun yang gemar melakukan hubungan kelamin ketika datang bulan.
“Tabiat seks begitu dianggap tidak normal (abnormal behaviour) dan mungkin juga remaja perempuan berkenaan sakit. Keadaan itu mungkin berpunca daripada ‘frontal lobes tumor’ yang boleh menyebabkan tindakan luar biasa atau pelik.
“Biasanya pesakit yang diserang simptom ini akan melakukan perkara tidak masuk akal tanpa disedari. Dia seolah-olah berada dalam dunia sendiri dan tidak mempedulikan orang lain.
“Penyakit ini selalu menyerang golongan dewasa tidak kira lelaki atau perempuan, namun ia boleh dirawat asal saja mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin,” katanya.
Beliau berkata, kebanyakan ibu bapa menyangka perubahan anak mereka di bawah pengaruh dadah, namun ramai tidak tahu ‘frontal lobes tumor’ juga boleh menjadi penyebab kepada tabiat pelik.
“Biasanya ibu bapa boleh mengesan perubahan pada anak mereka, namun sikap masyarakat kita gemar buat kerja bertangguh dan membiarkannya hingga melarat.
“Apabila sudah teruk baru berjumpa doktor dan sudah pasti apabila lambat ia akan mengambil masa untuk dirawat,” katanya.
Beliau berkata, paling penting kekuatan dalaman iaitu iman teguh mampu menyelamatkan manusia daripada sesat atau mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.
Selain itu, pesakit perlu mendapatkan rawatan daripada pakar sakit jiwa dan doktor supaya simptom ini dapat diatasi segera.
“Pesakit juga masih bawah umur dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membimbing serta memberi sokongan moral kepadanya,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.