Sabtu, 4 Februari 2012

Skandal rasuah bola: 18 pemain, seorang jurulatih terbabit

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengenal pasti 18 pemain dan seorang jurulatih yang didapati terbabit dalam skandal rasuah pada Liga Malaysia musim lepas. Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, pemain dan jurulatih berkenaan akan dikenakan hukuman penggantungan antara dua hingga lima tahun. "Atas pandangan dan nasihat Jawatankuasa Disiplin FAM, pemain dan jurulatih berkenaan akan diambil tindakan dan senarai nama akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM di sini hari ini. "Ini membuktikan keseriusan FAM berkaitan dengan perilaku beberapa pemain dan pegawai dan berharap ia memberi pengajaran kepada pemain dan pegawai yang melibatkan diri dalam kejohanan kelolaan FAM,” katanya. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pemain tersebut melibatkan enam pemain dari pasukan Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, pasukan T-Team (enam), dan pasukan MP Muar (enam). – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.