Jumaat, 20 April 2012

BERSIH 3.0 NEWS: Haram Tidak Bayar PTPTN - Mufti

BENTONG: Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman. Beliau berkata mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya. "Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat sini, Jumaat. Katanya peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. BERNAMA

1 ulasan:

  1. bodoh macam lembu je mufti kambeng sekor nih.Ko nak cerita halal haram..halal urusan jual beli yang secara terangan menggunakan riba?Bodoh piang!!Kalau kerajaan pakatan yang melupuskan segala hutang pelajar tersebut,segalanya halal la,bodoh bertingkat2!!

    BalasPadam

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.