1. Terdapat satu kisah sebuah kereta Volkswagen yang berwarna kuning yang dianggap berhantu. Dikisahkan bahawa ia sering menganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak.
Sudah lama juga dikira hantu Volkswagen ini menghantui kenderaan di jalan raya. Namun begitu ia tidak berapa ketara sebelum pembinaan lebuh raya Utara Selatan yang dinamakan Jelapang. Sejak pembinaan lebuh raya itu, hantu ini semakin ketara muncul untuk menganggu kenderaan yang sentiasa lalu lalang di kawasan tersebut. Kisah tersebut dipercayai bermula ketika seorang isteri yang curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudiannya merampas kereta volkswagen milik suaminya. Si suami yang mati itu menyimpan dendam membara untuk memiliki semula volkswagen itu. Volkswagen tersebut dikatakan akan muncul scara tiba-tiba di tengah lebuhraya di hadapan mereka-mereka yang "bernasib baik". Sekiranya pemandu kereta memintas volkswagen tersebut, ia akan segera kembali berada di hadapan kenderaan mangsa secara mengejut BACA DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.