Rabu, 3 Oktober 2012

KANTOI! Bukti Nazri Aziz Pembohong!!


Kenyataan ahli parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz jelas mahu menyembunyikan sesuatu tentang soal keselamatan negara yang boleh terjejas dengan kebanjiran warga asing di mana-mana yang mampu mendapat kad pengenalan palsu secara mudah - membuktikan bahawa jelas dia pembohong besar!

Ini dibuktikan Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh yang mendedahkan dua nama individu dimasukkan dalam pangkalan data senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), walaupun mereka didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu.

“Nama pertama adalah Hassanuddin bin Manna, seorang warga Filipina yang didaftarkan mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dalam Parlimen Sepanggar.

“Nama kedua pula adalah Salleh Samsul, yang memiliki kad pengenalan dari Sabah dan mengundi di DUN Permas dalam Parlimen Pasir Gudang,” jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.

“Ini bukan tuduhan, tetapi mereka telah didapati bersalah di mahkamah,” tegas Fuziah sambil menunjukkan salinan semakan daftar pemilih terbaru SPR dan laporan akhbar tentang keputusan mahkamah itu.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Sepanggar, Eric Majimbun (gambar, duduk kiri); Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing (gambar, duduk kanan) dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (berdiri).

Akhbar Daily Express di Sabah pada 26 September lalu melaporkan, Hassanuddin, 37 memberitahu mahkamah beliau membeli MYkad palsu itu pada harga RM1,000 melalui rakannya, dengan nombor siri 741029-12-5463.

Beliau dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM3,000 atau penjara sebulan kerana memiliki dokumen palsu oleh Majistret, Norhamizah Shaifuddin.

Manakala laporan mengenai Salleh juga dilaporkan di akhbar sama edisi 21 September.

Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi ketika menjawab soalan Wilfred berkata, kemasukan warga asing di Sabah yang direkodkan seramai lebih 800 ribu orang tidak mengancam keselamatan negara.

“Ini kerana kununnya pemantauan dan penguatkuasaan berterusan badan kerajaan seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Ikatan Relawan Malaysia (Rela) berjaya mengekang keadaan di sana,” katanya lagi.

Menempelak jawapan tersebut, Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, warga asing yang memiliki kad pengenalan palsu ternyata mengancam keselamatan negara.

“Mereka mencuri hak yang sah dan harapan rakyat Malaysia (kerana) dibenarkan memilih pemimpin negara,” kecam Fuziah.

Dalam pada itu, Tian Chua mendesak kerajaan Umno BN supaya menjalankan siasatan dan segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) serta membersihkan daftar pemilih sebelum pilihanraya akan datang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.