Khamis, 28 Februari 2013

Tian Chua, Mat Sabu & 12 lagi dibebas tuduhan .....

Tian Chua, Mat Sabu & 12 lagi dibebas tuduhan sertai Bersih 1.0..!!

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dari tuduhan menyertai himpunan Bersih 1.0 pada 2007.
Dibebas sama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan 12 lagi yang lain.
Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.
Mereka dituduh menyertai perhimpunan berkenaan yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di beberapa tempat, termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 1 tengahari dan 4 petang pada 10 November, 2007.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 143 dan 145 Kanun Keseksaan, dengan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 27(4) (a) Akta Polis 1967.
Mengikut Seksyen 143, jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.




IKLAN


KOPI HERBA TERLARIS DIPASARAN MESTI MAU CUBA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.