Pengganas wanita ditahan
Lahad Datu: Pengganas wanita yang ditahan ketika pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu dekat sini, kelmarin, ditemui dalam keadaan lemah dipercayai terputus bekalan makanan sejak dua minggu lalu.
Wanita berusia 40-an itu juga mengaku tidak mempunyai tenaga lagi untuk bertempur dan hanya bersembunyi dalam paya sambil mendengar pergerakan pasukan keselamatan.
Sumber pasukan keselamatan berkata, pengakuan itu dibuat suspek ketika disoal siasat sejurus ditahan selepas pertempuran yang turut menyaksikan seorang pengganas lelaki ditembak mati, manakala seorang anggota tentera dari pasukan Grup Gerak Khas (GGK) cedera terkena serpihan peluru di pergelangan tangan kiri.
Buang air dalam paya
“Ketika disoal siasat, pengganas wanita itu sangat lemah hingga hendak bercakap pun tiada upaya. Dia juga mengaku dapat bertahan dengan minum air paya selain membuang air dalam paya berkenaan.
— Lahad Datu: Pengganas wanita yang ditahan ketika pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu dekat sini, kelmarin, ditemui dalam keadaan lemah dipercayai terputus bekalan makanan sejak dua minggu lalu.
Wanita berusia 40-an itu juga mengaku tidak mempunyai tenaga lagi untuk bertempur dan hanya bersembunyi dalam paya sambil mendengar pergerakan pasukan keselamatan.
Sumber pasukan keselamatan berkata, pengakuan itu dibuat suspek ketika disoal siasat sejurus ditahan selepas pertempuran yang turut menyaksikan seorang pengganas lelaki ditembak mati, manakala seorang anggota tentera dari pasukan Grup Gerak Khas (GGK) cedera terkena serpihan peluru di pergelangan tangan kiri.
Buang air dalam paya
“Ketika disoal siasat, pengganas wanita itu sangat lemah hingga hendak bercakap pun tiada upaya. Dia juga mengaku dapat bertahan dengan minum air paya selain membuang air dalam paya berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.