18 orang ditangka. 14 lelaki dan 4 perempuan. Termasuk pembantu ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. [Twit dari Pengerusi Solidariti Mahaiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang]
Polis letak penghadang. Orang ramai berkumpul diluar hadangan dengan aman. Kami tak ganggu sesiapa. Penduduk pun tak komplen. Kenapa Polis dan FRU nak pukul orang? Sengal punya Najib Razak!!Tabik spring untuk Adam Adli !
Agak mengejutkan sekali apabila Nik Abduh menyuarakan penentangannya terhadap ‘spring’ atau kebangkitan golongan muda yang yang mula semakin berani membuat protes membantah penipuan pilihanraya ke-13 pada 5 Mei lalu.
Saya tak mahu mengulas lebih lanjut tulisan Nik Abduh yang menyindir dan menyifatkan protes membantah penipuan pilihanraya atau yang dikenali sebagai 'BLACKOUT 505' sebagai gopoh.
Walaupun Nik Abduh telah menjelaskan bahawa tulisannya pasal 'spring', bukan hal Adam Adli atau kezaliman pemerintah terhadap aktivis pelajar dan rakyat, dan menegaskan “Solidariti DPPM untuk Adam Adli,” aku ingin cakapkan kepada Nik Abduh, bahawa action speaks louder than words.
Apa yang telah kamu buat mengenai penangkapan Adam? Tak ada teksi nak pergi ke Jinjang ker?
Aku tabik spring terhadap anak muda, Adam Adli ini.Walaupun masih muda dan mungkin ada yang menganggapnya belum 'masak ranum' dalam perjuangan, tetapi aktivis semuda ini telah melalui beberapa cabaran dan ujian getir dalam perjuangan menuntut keadilan.
Walaupun Nik Abduh telah menjelaskan bahawa tulisannya pasal 'spring', bukan hal Adam Adli atau kezaliman pemerintah terhadap aktivis pelajar dan rakyat, dan menegaskan “Solidariti DPPM untuk Adam Adli,” aku ingin cakapkan kepada Nik Abduh, bahawa action speaks louder than words.
Apa yang telah kamu buat mengenai penangkapan Adam? Tak ada teksi nak pergi ke Jinjang ker?
Aku tabik spring terhadap anak muda, Adam Adli ini.Walaupun masih muda dan mungkin ada yang menganggapnya belum 'masak ranum' dalam perjuangan, tetapi aktivis semuda ini telah melalui beberapa cabaran dan ujian getir dalam perjuangan menuntut keadilan.
Berbeza dengan Nik Abduh, Adam tidak mempunyai apa-apa pertalian kepada mana-mana parti politik.Dia bukan seorang opportunis.Itulah Adam Adli!
Apa yang dapat kita lihat melalui sikap anak muda Adam ini ialah kekentalan dan keikhlasannya dalam perjuangan menuntut keadilan terhadap golongan yang ditindas dan dizalimi.
Lantaran itu, kita dapat lihat betapa sokongan padu dari pelbagai kaum telah sama-sama bersatu tenaga membantah penahanan Adam yang ditahan di bawah akta hasutan.
Saya bukan mahu membandingkan karisma antara Adam dan Nik Abduh.Tapi kalau nak tahu , suruhlah PDRM cekup Nik Abduh dan kita lihat bagaimana riaksi rakyat negara ini! Kah! Kah! Kah!Ada beranikah?
Saya bukan bertujuan mahu menghasut, tapi kita tidak dapat lari daripada memperkatakan mengenai beberapa perkara yang persis pernah berlaku di Mesir yang menyebabkan kebangkitan rakyat negara tersebut. Saya ingin mengajak kalian melusurinya :
1. Bahawa kebangkitan rakyat Mesir menentang kezaliman pemerintah sedia ada adalah perlu kerana rakyat sangat tertekan. Kenaikan harga barang, pengangguran, pendapatan per kapita yang rendah sudah pasti mendorong rakyat mendesak kerajaan sedia ada untuk memperbaikinya.Malangnya, sekian lama mendesak kerajaan hanya membuta tuli, ditambah pula dengan sikap bermewah-mewah pemimpin kerajaan dengan duit rakyat.Korupsi dan penyelewengan kuasa adalah isu yang mendapat perhatian dan menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat. Dan ia bukanlah perkara baru dalam mencetus kemarahan rakyat.2. Institusi-institusi negara telah disalahgunakan untuk menjadi alat politik bagi memperkuatkan cengkaman kuasa rejim Mubarak. Badan-badan kerajaan seperti polis dan pasukan risikan dan keselamatan dalam negeri digunakan untuk menekan dan menindas mana-mana golongan dan anasir yang berani bersuara menentang rejim.Media massa di bawah kuasa rasmi rejim dan juga swasta dikawal untuk membendung suara dan mesej pihak yang membangkang kerajaan.3. Pilihan raya yang telah dijalankan rata-rata dipersoal dan dicurigai kredibilitinya, terutama sekali yang telah diadakan pada November dan Disember 2010.Di dalam pilihan raya itu, Mubarak telah diumumkan mendapat lebih 80% undi sokongan dari para pengundi Mesir, satu keputusan yang tidak dipercayai oleh rakyat Mesir sendiri. Oleh sebab proses pilihan raya dianggap tidak boleh dipakai sebagai mewakili sentimen dan kehendak rakyat, maka pilihan yang tinggal adalah demonstrasi jalanan.
Apakah ketiga-tiga perkara diatas tadi belum lagi berlaku dinegara kita Malaysia ini? Jawapannya ada pada kalian semua.
Jangan ada dikalangan kita yang mahu mengaku sebagai ‘Pejuang keadilan rakyat’ berebut-rebut menjadi opportunis politik dan menggunakan gerakan protes rakyat sebagai cara untuk merebut kuasa politik.
Bahawa perubahan atau reformasi adalah lebih penting dari kuasa atau jawatan politik semata-mata. Kita telah sama-sama lalui melalui protes BERSIH beberapa siri yang lalu semata-mata untuk menuntut beberapa perubahan, tapi terus tidak diendahkan.
Tuntutan dakwat kekal itu pun depa tipu kita hidup-hidup! Phui! Bahawa bukan kekuatan ketenteraan, tapi kekuatan rakyat dan pertolongan Allahlah yang mampu membawa perubahan.
Sebagai orang Islam saya suka mengingatkan saudara-saudara saya dalam perjuangan suci ini supaya jangan ada yang bermuka-muka dalam Islam.
"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu." [Ali Imran: 160]
LAGI DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.