Gandingan Khalid-Zahid merosakkan demokrasi dan hak asasi, kata Lim Kit Siang !
Keangkuhan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak sampai sebulan memegang jawatan hanya akan merosakkan demokrasi dan hak asasi negara, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini.
Lim menyifatkan tindakan kuku besi Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid dan Ketua Polis Negara (KPN), Khalid baru-baru ini selepas penahanan aktivis mahasisiwa Adam Adli Abdul Halim dan tiga lagi individu selepas itu sebagai cubaan membawa era pemerintahan autokratik alam "Mahathir".
"Terima kasih kepada Ahmad Zahid dan Khalid kerana mereka telah mengingatkan rakyat Malaysia tentang zaman buruk dibawah Mahathir dimana semua institusi dan badan dalam negara digunakan untuk satu objektif - melanggar semua hak demokratik dan asasi manusia rakyat Malaysia semata-mata untuk melindungi regim politik," kata Lim dalam satu kenyataan semasa ucapannya pada satu program di Nusajaya hari ini.
"Gandingan KPN paling kuat 'berpolitik' dan Menteri Dalam Negeri paling kuat 'berpolitik' akan mengembangkan racun kepada demokrasi dan hak asasi manusia," tambah penasihat DAP itu lagi.
Menurut Lim lagi, kedua-dua individu paling berkuasa tersebut hanya sibuk "berpolitik" tetapi sehingga kini masih belum memberi komitmen dan kaedah untuk menangani masalah jenayah yang berleluasa.
"Sampai hari ini tidak ada satu pun kata keluar mengatakan polis akan membasmi jenayah walaupun rakyat Malaysia ketika masih bimbang dengan jenayah yang masih meluas," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.