Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim
SHAH ALAM - Ketua Wanita Umno Baling, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, pertandingan merebut dua jawatan tertinggi parti itu tidak akan membawa perpecahan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1987 lalu.
Menurutnya, ahli-ahli Umno tahu apa yang terbaik untuk parti dan suasana hari ini amat berbeza dengan keadaan 26 tahun lalu.
“Hari ini, gandingan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah yang paling mantap dan terbaik. Mereka bergerak seiring dan sejalan.
“Saya menggesa semua ahli Umno menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti. Semua ahli sedar akan pentingnya perpaduan dalam parti,” katanya semalam.
Dr Mashitah turut mengalu-alukan kenyataan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa semua jawatan dalam parti boleh dipertandingkan, dan ia menjelaskan kekeliruan yang muncul di kalangan akar umbi.
Katanya, kenyataan ini jelas membuktikan Umno sebuah parti yang sering mengamalkan demokrasi.
“Soal beberapa bahagian Umno meluluskan usul supaya presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan juga tidak bercanggah dengan perlembagaan parti. Itu juga amalan demokrasi,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.